alhafizah.blogspot.com

Wacana Ilmu Seorang Mujahidah


Dari laman web Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

Al-Fadhil Al-'Allamah Dr. Yusuf Al-Qardhawi, Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa di dalam satu khutbah beliau tentang isu boikot ekonomi pihak yang memusuhi umat Islam berkata :

Di sana ada jihad ekonomi iaitu melaksanakan fatwa yang telah dikeluarkan oleh saya dan sebilangan ulama' ummah tentang pengharaman transaksi barangan Israel dan Amerika yang diboikot. Ini adalah kewajipan ummat. (Iaitu) Setiap yang melambangkan Amerika, walaupun hanya lambang sedangkan ia barangan tempatan. Cola, perkataan cola memberi makna Amerika, Hamburger, Mc Donald's,Pizza, ini semua adalah barangan Amerika. Kasihanilah kami.Setiap kali saya melihat jenama ini, meluap darah dan dada saya, kami ingin umat Islam memboikot barangan ini, daripada botol Pepsi hinggalah ke kapal terbang Boeing, kami enuntut kerajaan dan rakyat memboikot semua barangan ini dan menyusun biro masyarakat untuk merealisasikan boikot ini dan menyusun keutamaan di dalamnya.Setiap barang yang mempunyai alternatif wajib diboikot. Apa yang membuatkan saya menaiki kereta Amerika sedangkan saya mampu memberi kereta Jepun atau Jerman. Saya tidak rugi apa-apa. Boikot ini wajib kepada semua , kecil atau besar.

Pada awal intifadhah, kita melihat suatu keajaiban, demi Allah, kita melihat kanak-kanak kecil berkata kepada ibubapa mereka : "Jangan, ibu. Jangan, ayah. Ini barangan Amerika, haram." Kita melihat saudara -saudara di Kirala, India berhimpun pada hari Jumaat seperti hari ini dan setiap mereka memegang botol Coca Cola di tangan mereka dan memecahkannya sebagai isyarat kepada boikot. Apa yang membuatkan ummat berlengah lagi. Kita ingin umat Islam, lelaki dan perempuan, ibu-ibu di rumah supaya tidak membeli barangan Amerika. Mungkin terdapat barangan Israel menyusup masuk di bawah nama dan jenama mereka. Sesiapa yang mengetahui hendaklah memboikot.Haram seharam-haramnya. Bukan setakat haram, bahkan satu dosa daripada dosa besar membeli barangan Israel dan Amerika. Inilah salah satu jenis jihad yang wajib kita lakukan dan berpesan dengannya.


(Khutbah ini disampaikan pada pertengahan 2002)




Senarai barangan boikot.


اللهمَّ إناَّ نجعَلُكَ فِى نُحُورِ أعدَاءِناَ وَ نَعُوذُ بِكَ مِن شُرُورِهِم اللهم بَدِّد شَملَهُم و فَرِّق جَمعَهُم وَ شَتِّت كَلِمَتَهُم وَزَلزِل أَقدَامَهُم وَ سَلِّط عَلَيهِم كَلباًَ مِن كِلاَبِكَ يا قَهاَّر يا جَباَّر يا مُنتَقِم
يا الله يا الله يا الله

اللهم يا مُنزِلَ الكِتاَبِ ويا مُجرِيَ السَّحاَبِ ويا هاَزِمَ الأَحزَابِ إِهزِمهُم إِهزِمهُم إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,
Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka,
Goncangkan pendirian mereka,
Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,
Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,
Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Dan menangkan kami ke atas mereka.
Amien…!

Langgan: Catatan (Atom)